Tuesday, December 22, 2009

STAGFLASI ?????


Setelah berdikusi secara mendalam berkaitan inflasi dan deflasi, kini satu lagi istilah ekonomi yang kurang popular dikalangan masyarakat umum akan kita bincangkan. istilah tersebut dikenali sebagai stagflasi. menurut pemahaman saya, stagflsi boleh diperjelaskan sebagai satu keadaan yang mana kedua-dua masalah inflasi dan deflasi dalam ekonomi sesebuah negara berlaku secara serentak.. ini bermaksud stagflasi adalah satu keadaan yang mana masalah kenaikan harga barang dan masalah pengangguran berlaku pada satu masa. ia merupakan satu situasi ekonomi yang meruncing bagi sesebuah negara apabila mengalaminya. hasil kajian yang dilakukan, terdapat beberapa maklumat berkaitan stagflasi yang dapat kita kongsi bersama....

Apa itu stagflasi?

Stagflasi pula berlaku apabila berlakunya inflasi desakan kos iaitu inflasi yang diakibatkan kenaikan kos yang menyebabkan peningkatan dalam harga kos pengeluaran.

Kenaikan kos pengeluaran ini akan menyebabkan firma akan menaikkan harga-harga barang dalam pasaran.

Inilah yang berlaku dalam sekitar tahun 1973, iaitu apabila harga minyak dunia naik dan menyebabkan peningkatan harga kos pengeluaran.


Situasi stagflasi

Situasi ini juga menyebabkan pendapatan negara merosot dan harga pasaran meningkat. Pengurangan pendapatan negara akan mengurangkan tahap guna tenaga (peluang pekerjaan).

Kenaikan kos pengeluaran dalam ekonomi akan menimbulkan dua kesan buruk kepada ekonomi iaitu inflasi dan pengurangan guna tenaga (kurang peluang pekerjaan).

Maka, keadaan seperti inilah yang dinamakan sebagai stagflasi.

Rentetan daripada keadaan ini ekonomi akan menghadapi masalah stagnasi hasil daripada masalah inflasi.

Inilah yang berlaku pada tahun 1973 di mana minyak yang dieksport daripada negara-negara Arab meningkat 3 kali ganda. Manakala negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar minyak dunia. Ini menyebabkan penigkatan kos pengeluaran iaitu keniakan dalam harga barang dan sekaligus mengurangkan pendapatan negara (kurang peluang pekerjaan).

Inflasi tolakan kos seringkali berlaku pada ketika ekonomi hampir atau telah mencapai tahap guna tenaga penuh iaitu ekonomi menghadapi masalah kekurangan buruh.

Faktor-faktor kenaikan kos dan harga barang:

1. Pekerja dalam industri menuntut kenaikan upah

2.Harga barang mentah meningkat

3.Ekonomi berkembang pesat dan pengusaha berusaha meningkatkan margin keuntungan.

No comments:

Post a Comment