Penggunaan kad kredit antara penyumbang belanja berlebihan ini. Adakah ini didorong oleh persepsi masyarakat yang melihat kad kredit sesuatu yang mewah?
Sebenarnya kalau faham definisi kad kredit itu adalah kad hutang, bukan kad debit. Masalahnya sekarang promosi kad kredit menyebabkan ia berjaya mempengaruhi persepsi pasaran. Pihak pengiklan mempamerkan kad kredit sebagai gaya hidup mewah. Ini yang memakan minda. Kredit (hutang) itu telah terpadam. Kalau ada pengiklan mengatakan kad kredit itu kad hutang, mungkin tiada orang yang mahu memilikinya. Dalam masa sama, promosinya secara besar-besaran dan kita tidak boleh salahkan organisasi kewangan.
Setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim, kes-kes muflis yang melibatkan golongan muda termasuk pegawai kerajaan kini berada pada tahap yang mencemaskan akibat daripada penggunaan kad kredit secara tidak terkawal. Laporan Tahunan Keseluruhan Kebankrapan Jabatan Pemeganag Harta cawangan Pulau Pinang menunjukkan sehingga bulan Jun ini, 30% daripada 4,598 kes muflis adalah membabitkan pemegang kad kredit. Pendedahan itu menjadi testimoni penting betapa kad kredit telah membentuk suatu cara hidup yang boleh menjurus kepada pemborosan, dan pembaziran serta menjadikan si pemiliknya papa kedana.
Oleh itu, ini semua bergantung kepada diri sendiri. Kita mesti berpengetahuan tentang apa itu kad kredit dan apa yang ada pada kita untuk ‘membenarkan’ kita berhutang. Didik diri sendiri. Kalau kita tidak mahu mendidik diri, apa juga strategi kerajaan tidak akan berjaya. Penggunaan kad kredit seharusnya terbatas dengan kemampuan seseorang dan bukan kemahuan seseorang...
No comments:
Post a Comment