Friday, December 18, 2009

Apa Itu DEFLASI ?????

Apabila kita berbicara tentang deflasi, terdapat kekeliruan yang mana ramai diantara kita yang kurang memahami erti 'APA ITU DEFLASI'. Namun, apabila ditanya berkaitan krisis ekonomi dan kemelesetan ekonomi, pasti ramai yang bersedia mengangkat tangan menjelaskan apa itu kemelesetan ekonomi. Deflasi boleh diertikan sebagai masalah kemelesetan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara.

Dalam ekonomi, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar. Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Bagi ahli ekonomi, istilah ini menjadi dan kadang kala digunakan untuk merujuk pada penurunan dalam jumlah bekalan wang (sebagai satu sebab langsung penurunan dari tingkat harga umum). Akan tetapi, kini penurunan jumlah bekalang wang ini lebih sering dirujuk sebagai sebuah "pengecutan" belakan wang. Ketika deflasi, permintaan untuk kecairan akan naik, berbanding barangan atau faedah. Sewaktu deflasi kuasa beli wang juga naik.

Deflasi dianggap sebagai satu masalah dalam ekonomi moden kerana potensi lingkaran deflasi dan kaitannya dengan Zaman Kemelesetan.

Krisis kewangan sistem ekonomi barat yang bertunjangkan sistem riba’, bunga berganda dan penindasan,kini sedang melumpuhkan sektor perbangkan dan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa buah negara lain dalam sekelip mata sahaja,Usaha-usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda-tanda ekonomi berunsur pulih kembali.

Kemelesetan ekonomi yang berlaku ini juga satu terjemahan terhadap peperangan yang dilancarkan oleh allah terhadap sesiapa yang mendokong sistem ekonomi yang berpaksikan penindasan melalui sistem riba’,sepertimana yang disebutkan oleh allah subhanahu wataala dalam firmannya surah al-baqarah ayat 278-279:

“Wahai orang yang beriman!,hendaklah kamu bertakwa kepada allah dan menjauhi saki-baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,jika benar kamu orang yang beriman.Jika kamu tidak mahu melakukan (perintah mengenai larangan riba’ itu), maka ketahuilah bahawa allah dan rasulnya akan memerangi kamu (akibatnya kamu tidak akan selamat), dan jika kamu bertaubat (mengkhianatinya),maka hak kami (yang sebenarnya) ialah modal pokok harta kamu.(Dengan yang demikian) kamu tidak mengenai (kepada sesiapa), dan kamu juga tidak teraniaya”.

Isu gejala kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan di amerika syarikat yang kemudiannya berjangkit kenegara-negara industri dibarat serta beberapa buah negara sedang membangun dirantau asia kini nampaknya menjadi isu semasa.

Krisis ekonomi itu turut dijangka membawa kepada lebih banyak masalah pengangguran apabila pekerja-pekerja terpaksa dihentikan.

Pakar ekonomi Malaysia,Senator Profesor Doktor Ismail Muhammad Saleh berkata,keadaan ekonomi di amerika syarikat turut membawa tempias kepada negara ini. Menurut beliau:

“Pengangguran dinegara ini akan meningkat kepada lebih empat peratus terutama dalam sektor industri elektronik”.Beliau menjelaskan,keadaan itu berlaku berikutan kebanyakkan produk elektronik malaysia dieksport kenegara-negara barat.

Persekutuan majikan-majikan malaysia (MEF) turut menjangka pemberhentian pekerja dinegara ini akan serius pada tahun 2009 dengan anggaran 200,000 hingga 400,000 orang hilang pekerjaan seperti yang dilaporkan.Justeru ,bagi menghadapi segala kemungkinan yang timbul berpunca daripada gejala kemelesetan ekonomi global dan serantau,kita tidak dapat tidak,harus mengambil langkah dalam membuat persediaan tertentu bagi menghadapinya.

Ada pun yang dimaksudkan dengan persiapan disudut perancangan kewangan ialah mengutamakan kaedah berkhemah ketika berbelanja:

* Membeli barang keperluan secara pukal dengan menyenaraikan nama barang sebelum keluar membeli.

* Elakkan dari membuat hutang baru.

* Elakkan dari membeli barangan mewah seperti perebutan dan lain-lain.

* Tidak terpengaruh dengan promosi jualan murah.

* Membawa bekal ketika pergi ke tempat kerja begitu juga bekalan untuk anak-anak ke sekolah.

* Elakkan dari membazir seperti mengadakan majlis-majlis keraian di hotel-hotel mewah.

No comments:

Post a Comment