Friday, December 25, 2009
Thursday, December 24, 2009
Tuesday, December 22, 2009
STAGFLASI ?????
Apa itu stagflasi?
Stagflasi pula berlaku apabila berlakunya inflasi desakan kos iaitu inflasi yang diakibatkan kenaikan kos yang menyebabkan peningkatan dalam harga kos pengeluaran.
Kenaikan kos pengeluaran ini akan menyebabkan firma akan menaikkan harga-harga barang dalam pasaran.
Inilah yang berlaku dalam sekitar tahun 1973, iaitu apabila harga minyak dunia naik dan menyebabkan peningkatan harga kos pengeluaran.
Situasi stagflasi
Situasi ini juga menyebabkan pendapatan negara merosot dan harga pasaran meningkat. Pengurangan pendapatan negara akan mengurangkan tahap guna tenaga (peluang pekerjaan).
Kenaikan kos pengeluaran dalam ekonomi akan menimbulkan dua kesan buruk kepada ekonomi iaitu inflasi dan pengurangan guna tenaga (kurang peluang pekerjaan).
Maka, keadaan seperti inilah yang dinamakan sebagai stagflasi.
Rentetan daripada keadaan ini ekonomi akan menghadapi masalah stagnasi hasil daripada masalah inflasi.
Inilah yang berlaku pada tahun 1973 di mana minyak yang dieksport daripada negara-negara Arab meningkat 3 kali ganda. Manakala negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar minyak dunia. Ini menyebabkan penigkatan kos pengeluaran iaitu keniakan dalam harga barang dan sekaligus mengurangkan pendapatan negara (kurang peluang pekerjaan).
Inflasi tolakan kos seringkali berlaku pada ketika ekonomi hampir atau telah mencapai tahap guna tenaga penuh iaitu ekonomi menghadapi masalah kekurangan buruh.
Faktor-faktor kenaikan kos dan harga barang:
1. Pekerja dalam industri menuntut kenaikan upah
2.Harga barang mentah meningkat
3.Ekonomi berkembang pesat dan pengusaha berusaha meningkatkan margin keuntungan.
Sunday, December 20, 2009
Apa Itu INFLASI?????
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.
Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.
Inflasi selalunya diukur dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa.
Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:
- 1. Mengawal Permintaan
- Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
- 2. Mengawal Bekalan
- Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.
- 3. Polisi Ekonoml Makro
- PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI
- Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
- Elokkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
- Carl kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
- Dapatkan harga terbalk juga dengan cara tawar-menawar jika clapat dilakukan.
- Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
- Pengguna/pengeluar henclaklah beretika.
- Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.
Dipetik daripada : Risalah Inflasi : Memahami Inflasi (Siri 3) , Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur.
Friday, December 18, 2009
Apa Itu DEFLASI ?????
Dalam ekonomi, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar. Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Bagi ahli ekonomi, istilah ini menjadi dan kadang kala digunakan untuk merujuk pada penurunan dalam jumlah bekalan wang (sebagai satu sebab langsung penurunan dari tingkat harga umum). Akan tetapi, kini penurunan jumlah bekalang wang ini lebih sering dirujuk sebagai sebuah "pengecutan" belakan wang. Ketika deflasi, permintaan untuk kecairan akan naik, berbanding barangan atau faedah. Sewaktu deflasi kuasa beli wang juga naik.
Deflasi dianggap sebagai satu masalah dalam ekonomi moden kerana potensi lingkaran deflasi dan kaitannya dengan Zaman Kemelesetan.
Krisis kewangan sistem ekonomi barat yang bertunjangkan sistem riba’, bunga berganda dan penindasan,kini sedang melumpuhkan sektor perbangkan dan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa buah negara lain dalam sekelip mata sahaja,Usaha-usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda-tanda ekonomi berunsur pulih kembali.
Kemelesetan ekonomi yang berlaku ini juga satu terjemahan terhadap peperangan yang dilancarkan oleh allah terhadap sesiapa yang mendokong sistem ekonomi yang berpaksikan penindasan melalui sistem riba’,sepertimana yang disebutkan oleh allah subhanahu wataala dalam firmannya surah al-baqarah ayat 278-279:
“Wahai orang yang beriman!,hendaklah kamu bertakwa kepada allah dan menjauhi saki-baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,jika benar kamu orang yang beriman.Jika kamu tidak mahu melakukan (perintah mengenai larangan riba’ itu), maka ketahuilah bahawa allah dan rasulnya akan memerangi kamu (akibatnya kamu tidak akan selamat), dan jika kamu bertaubat (mengkhianatinya),maka hak kami (yang sebenarnya) ialah modal pokok harta kamu.(Dengan yang demikian) kamu tidak mengenai (kepada sesiapa), dan kamu juga tidak teraniaya”.
Isu gejala kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan di amerika syarikat yang kemudiannya berjangkit kenegara-negara industri dibarat serta beberapa buah negara sedang membangun dirantau asia kini nampaknya menjadi isu semasa.
Krisis ekonomi itu turut dijangka membawa kepada lebih banyak masalah pengangguran apabila pekerja-pekerja terpaksa dihentikan.
Pakar ekonomi Malaysia,Senator Profesor Doktor Ismail Muhammad Saleh berkata,keadaan ekonomi di amerika syarikat turut membawa tempias kepada negara ini. Menurut beliau:
“Pengangguran dinegara ini akan meningkat kepada lebih empat peratus terutama dalam sektor industri elektronik”.Beliau menjelaskan,keadaan itu berlaku berikutan kebanyakkan produk elektronik malaysia dieksport kenegara-negara barat.
Ada pun yang dimaksudkan dengan persiapan disudut perancangan kewangan ialah mengutamakan kaedah berkhemah ketika berbelanja:
* Membeli barang keperluan secara pukal dengan menyenaraikan nama barang sebelum keluar membeli.
* Elakkan dari membuat hutang baru.
* Elakkan dari membeli barangan mewah seperti perebutan dan lain-lain.
* Tidak terpengaruh dengan promosi jualan murah.
* Membawa bekal ketika pergi ke tempat kerja begitu juga bekalan untuk anak-anak ke sekolah.
* Elakkan dari membazir seperti mengadakan majlis-majlis keraian di hotel-hotel mewah.
Thursday, December 17, 2009
KaD KreDiT ??????
Penggunaan kad kredit antara penyumbang belanja berlebihan ini. Adakah ini didorong oleh persepsi masyarakat yang melihat kad kredit sesuatu yang mewah?
Sebenarnya kalau faham definisi kad kredit itu adalah kad hutang, bukan kad debit. Masalahnya sekarang promosi kad kredit menyebabkan ia berjaya mempengaruhi persepsi pasaran. Pihak pengiklan mempamerkan kad kredit sebagai gaya hidup mewah. Ini yang memakan minda. Kredit (hutang) itu telah terpadam. Kalau ada pengiklan mengatakan kad kredit itu kad hutang, mungkin tiada orang yang mahu memilikinya. Dalam masa sama, promosinya secara besar-besaran dan kita tidak boleh salahkan organisasi kewangan.
Setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim, kes-kes muflis yang melibatkan golongan muda termasuk pegawai kerajaan kini berada pada tahap yang mencemaskan akibat daripada penggunaan kad kredit secara tidak terkawal. Laporan Tahunan Keseluruhan Kebankrapan Jabatan Pemeganag Harta cawangan Pulau Pinang menunjukkan sehingga bulan Jun ini, 30% daripada 4,598 kes muflis adalah membabitkan pemegang kad kredit. Pendedahan itu menjadi testimoni penting betapa kad kredit telah membentuk suatu cara hidup yang boleh menjurus kepada pemborosan, dan pembaziran serta menjadikan si pemiliknya papa kedana.
Oleh itu, ini semua bergantung kepada diri sendiri. Kita mesti berpengetahuan tentang apa itu kad kredit dan apa yang ada pada kita untuk ‘membenarkan’ kita berhutang. Didik diri sendiri. Kalau kita tidak mahu mendidik diri, apa juga strategi kerajaan tidak akan berjaya. Penggunaan kad kredit seharusnya terbatas dengan kemampuan seseorang dan bukan kemahuan seseorang...
Sunday, December 13, 2009
harga GULA terkini????
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata rakyat tidak perlu panik dan melakukan pembelian pada kadar yang banyak ekoran bimbang harga barangan itu akan dinaikkan.
"Pada ketika ini kementerian belum membuat sebarang cadangan kepada Kabinet (mengenai penarikan balik subsidi gula). Jadi kami beri jaminan yang harga gula kekal sepertimana sekarang.
"Jadi kita harap kerjasama semua pihak termasuk peniaga dan pengguna supaya janganlah beli gula secara berlebihan dan jangan ada yang menyorok untuk dapatkan keuntungan sebab pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius terhadap mereka yang melakukan kegiatan ini,"
Tan berkata pegawai penguatkuasaan kementerian akan memantau dan memastikan tidak berlaku kegiatan pembelian berlebihan atau menyorok gula.
sumber - BERNAMA
Wednesday, December 9, 2009
Duit.... Duit.....
Duit... duit, inilah realiti kehidupan di alam global kini... wang merupakan 1 keperluan yang penting pada masa kini. Tanpa wang, manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh..
Wang bukanlah segalanya, tetapi wang adalah penting... menjadi tanggungjawab individu untuk mendapatkan wang secara halal...